11 Jun, 2009

Kajian kes

§Sayangilah Haiwan, Wahai Rakyat MalaysiaOleh Jeswan KaurBernama, 2 April 2007

§KUALA LUMPUR, 2 April - Rakyat Malaysia, tanpa dapat disangkal lagi agak kurang mesra terhadap haiwan, lebih-lebih lagi haiwan terbiar. Mungkin ini penjelasan terbaik terhadap sikap acuh tak acuh mereka dalam membantu haiwan yang sakit atau didera, baik kucing mahupun anjing. Secara kasar, tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan terbiar ini mengikut pengalaman Pertubuhan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA).

§"Kejadian yang menimpa seekor anjing dari baka German Shepherd dengan nama Sheena pada tahun 2005 adalah satu hakikat yang menakutkan mengenai penderaan haiwan di Malaysia. Ia tidak terhenti setakat itu sahaja kerana sehingga kini kami menerima banyak laporan mengenai kejadian seumpama itu," kata Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Awam SPCA Selangor, Jacinta Johnson.

"Majlis Perbandaran Petaling Jaya menempatkan anjing liar yang ditangkapnya di PAWS. Kami juga ada mendengar khabar bahawa bakinya ditinggalkan dalam van dan trak yang digunakan untuk menangkap mereka atau dirantai begitu sahaja di sekitar kawasan stor," dakwanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan