11 Jun, 2009

Kajian kes

§Sayangilah Haiwan, Wahai Rakyat MalaysiaOleh Jeswan KaurBernama, 2 April 2007

§KUALA LUMPUR, 2 April - Rakyat Malaysia, tanpa dapat disangkal lagi agak kurang mesra terhadap haiwan, lebih-lebih lagi haiwan terbiar. Mungkin ini penjelasan terbaik terhadap sikap acuh tak acuh mereka dalam membantu haiwan yang sakit atau didera, baik kucing mahupun anjing. Secara kasar, tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan terbiar ini mengikut pengalaman Pertubuhan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA).

§"Kejadian yang menimpa seekor anjing dari baka German Shepherd dengan nama Sheena pada tahun 2005 adalah satu hakikat yang menakutkan mengenai penderaan haiwan di Malaysia. Ia tidak terhenti setakat itu sahaja kerana sehingga kini kami menerima banyak laporan mengenai kejadian seumpama itu," kata Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Awam SPCA Selangor, Jacinta Johnson.

"Majlis Perbandaran Petaling Jaya menempatkan anjing liar yang ditangkapnya di PAWS. Kami juga ada mendengar khabar bahawa bakinya ditinggalkan dalam van dan trak yang digunakan untuk menangkap mereka atau dirantai begitu sahaja di sekitar kawasan stor," dakwanya.

10 Mei, 2009

pembelaan




Persatuan pembelaan haiwan



Pertubuhan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA)
Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kucing Ikhlas
Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur Dan Selangor




Peranan persatuan
§Menerima kucing yang tidak dikehendaki
§Menggalakkan masyarakat mengambil kucing-kucing terbiar
§Memberi perlindungan, tempat tinggal, kesihatan dan makanan
§Menjadikan haiwan sebagai model pengikat kasih sayang
§Memberi kesedaran, mendidik masyarakat sayangkan haiwan




Individu


keluarga angkat


statistik

statistik penderaan haiwan

130 kucing dan 170 anjing, 95 % didera
Semua kes yang melibatkan penderaan haiwan hanya kenakan denda di bawah RM 200.00 Akta Binatang 1953 pindaan 2006

Statistik haiwan yang ditemui

jumlah kes anjing dan kucing (dihantar orang ramai) 11,576
jumlah kes anjing dan kucing dikutip/dijumpai persatuan perlindungan 1,499
jumlah kes anjing dan kucingditemui di rumah pemilik 1,076
jumlah kes anjing dan kucingdituntut balik pemilik 39

09 Mei, 2009

punca penganiayaan

Diri sendiri
§Tiada kesedaran sivik
§Hilang nilai kemanusiaan dan kasih sayang
§Menganggap ia sebagai bebanan
§Kekangan masa


Masyarakat
§Tidak menghiraukan haiwan terbiar persekitaran mereka.
§Menganggap ia menyusahkan, membawa penyakit, ganas dan kotor
§Tidak peka pada persekitaran.

07 Mei, 2009

kekejaman manusia












Lihatlah ..
Haiwan ini diseksa, dianinaya dan dibunuh dengan kejam..
Dimanakah tanggungjawab kita ????..